Terma dan Syarat ini ("Perjanjian” ini) menerangkan terma dan syarat yang terpakai kepada (1) kad hadiah berjenama Roblox, termasuk kad plastik dan kad hadiah digital ("Kad Hadiah"); dan (2) kredit akaun Roblox (“Kredit”). Kad Hadiah dan Kredit dirujuk secara kolektif sebagai "Kad". Perjanjian ini adalah antara anda dan Roblox Prepaid Company, LLC ("Pengeluar"). Dengan membeli, menerima, menggunakan atau menebus Kad, anda bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Perjanjian ini, sila jangan beli, terima, gunakan atau tebuskan Kad.
Pengeluar dan Penanggung Obligasi.
Kad dikeluarkan oleh Pengeluar. Pengeluar bertanggungjawab terhadap pengendalian dan penyelenggaraan Kad dan program-program Kad. Pengeluar adalah satu-satunya penanggung obligasi kepada anda; dengan syarat, Pengeluar boleh menyerahkan obligasinya berkenaan dengan Kad pada bila-bila masa, di mana pemegang serah hak tersebut akan menjadi Pengeluar dan penanggung obligasi undang-undang tunggal. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, Roblox Corporation (“Roblox”) dan ahli-ahli gabungannya serta entiti-entiti berkaitan (selain Pengeluar) tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti untuk mana-mana Kad, dan anda dengan ini melepaskan Roblox dan ahli-ahli gabungannya serta entiti-entiti berkaitan (selain Pengeluar) daripada sebarang dan semua liabiliti atau tuntutan dalam apa jua bentuk sekalipun yang timbul berkaitan dengan mana-mana Kad.
Kad Hadiah.
Kad Hadiah boleh dibeli di peruncit sah dalam negara anda dan pengedar atau di https://www.roblox.com/giftcards. Kad Hadiah tidak sah dan tidak akan dilayan jika diperoleh daripada penjual, penjual semula atau pengedar yang tidak dibenarkan termasuk melalui tapak lelong Internet. Kad Hadiah boleh ditebus hanya untuk pembelian Kredit di https://www.roblox.com. Untuk menebus Kad Hadiah, anda mesti berumur lebih daripada 18 tahun atau mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga, boleh mengakses Internet, mengelog masuk atau mendaftar untuk mencipta akaun Roblox dan menerima versi semasa Terma Penggunaan Roblox atau meminta ibu bapa atau penjaga anda untuk menerimanya jika anda berumur bawah 18 tahun. Terma Penggunaan ini termasuk Terma Pengguna, Terma Pencipta, Dasar Privasi dan pelbagai terma lain yang tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa serta boleh didapati di https://en.help.roblox.com/hc/en-us/articles/115004647846-Roblox-Terms-of-Use. Semua amaun yang dimuatkan pada Kad Hadiah akan disebutkan dalam mata wang negara tempat ia dijual. Kad Hadiah bukan kad debit atau kredit. Kad Hadiah tidak mempunyai nilai tunai, tidak boleh dibayar balik atau diisi semula dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai (kecuali dikehendaki oleh undang-undang). Kad Hadiah tidak boleh dijual semula. Kad Hadiah mesti ditebus sepenuhnya dan tidak boleh ditebus sebahagiannya.
Kredit.
Apabila anda menebus Kad Hadiah, anda akan mendapat sejumlah Kredit yang setara dalam mata wang tempatan anda dalam akaun Roblox anda. Contohnya, Kad Hadiah MYR100 akan ditebus dengan MYR100 dalam Kredit. Kad Hadiah yang dibeli di luar Amerika Syarikat juga boleh ditebus untuk Kredit ke akaun anda. Apabila anda menebus Kad Hadiah yang tidak disebutkan dalam Dolar Amerika Syarikat, amaun yang diisi pada Kad Hadiah akan ditukar menjadi Dolar Amerika Syarikat daripada negara mata wang Kad Hadiah dibeli dan ditebus untuk Kredit dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat. Tiada yuran atau caj lain yang dikenakan pada penukaran mata wang Kad Hadiah anda. Penukaran mata wang adalah berdasarkan kadar pertukaran yang disenaraikan di XE.com dan dikemas kini setiap bulan untuk mengambil kira turun naik dalam nilai mata wang antarabangsa. Kredit boleh ditebus hanya untuk Robux (mata wang dalam permainan Roblox yang dikeluarkan oleh Roblox), Langganan Premium untuk Roblox, langganan yang tersedia dalam pengalaman pencipta pada platform Roblox (di kawasan tersedia) dan perkhidmatan Roblox lain yang ditetapkan oleh Roblox dari semasa ke semasa. Langganan Premium Roblox ialah sebuah program langganan bulanan untuk anda menerima sejumlah Robux yang ditetapkan setiap bulan dan manfaat lain yang tertentu dengan bayaran bulanan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Langganan Premium Roblox di https://www.roblox.com/premium/membership. Untuk menebus Kredit, anda mesti berumur lebih daripada 18 tahun atau mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga. Ketersediaan dan harga Langganan Premium dan Robux adalah tertakluk pada perubahan (maklumat harga semasa boleh didapati di https://www.roblox.com/upgrades/robux). Kredit tidak mempunyai nilai tunai, tidak boleh dibayar balik atau dipindah milik dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai (kecuali dikehendaki oleh undang-undang).
Item Maya dan Item Bonus Percuma.
Apabila anda menebus Kad Hadiah, anda juga mungkin menerima satu item maya percuma berserta satu kod bonus untuk item maya eksklusif tambahan; tertakluk kepada had satu daripada setiap item maya percuma yang unik dan satu item bonus percuma setiap bulan bagi setiap akaun Roblox melainkan ditentukan sebaliknya oleh Pengeluar dan ahli-ahli gabungannya (contohnya, dan tanpa had, berkaitan dengan promosi). Anda juga boleh menerima bonus sehingga 25% lebih banyak Robux yang dibeli menggunakan Kredit sedia ada anda, seperti yang dinyatakan di sini. Pemilihan item maya yang akan anda terima, dan mana-mana bonus jumlah Robux adalah sepenuhnya mengikut budi bicara Pengeluar dan ahli-ahli gabungannya. Item maya percuma dan jumlah Robux bonus mungkin dihentikan atau diganti pada bila-bila masa dan tanpa notis. Item maya percuma serta jumlah Robux bonus hanya tersedia dengan penebusan Kad Hadiah dan tidak tersedia kepada pelanggan yang membeli Robux melalui saluran pembayaran lain.
Pertanyaan Baki.
Untuk menyemak baki Kredit anda, sila log masuk ke akaun Roblox anda dan lawati Roblox.com/redeem. Maklumat lanjut boleh didapati di sini: https://en.help.roblox.com/hc/en-us/articles/360000291806-Where-is-my-Gift-Card-Credit.
Tamat tempoh/Penyahaktifan.
Kad tidak akan luput. Tiada bayaran untuk ketidakaktifan, penyelenggaraan atau bayaran perkhidmatan dikenakan. Pengeluar mempunyai hak untuk tidak mengakui sah mana-mana Kad sekiranya caj kad kredit dipertikaikan, cek lambung atau kegagalan balasan yang lain.
Bawah umur.
Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk menebus Kad. Sekiranya anda bukan berumur 18 tahun ke atas, anda mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda untuk menebus Kad.
Kad Hadiah Hilang, Rosak atau Dicuri; Kad Hadiah Digunakan Tanpa Kebenaran.
Kad Hadiah yang hilang, rosak atau dicuri bukan tanggungjawab Pengeluar. Nilai mana-mana Kad Hadiah yang hilang, rosak atau dicuri, atau mana-mana Kad Hadiah yang digunakan tanpa kebenaran, tidak akan diganti atau ditambah nilai semula.
Soalan-soalan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Kad anda, sila lawati halaman Soalan Lazim (Frequently Asked Questions) di https://en.help.roblox.com/hc/en-us/articles/115005566223-How-to-Redeem-Gift-Cards atau hubungi kami di www.roblox.com/support atau melalui telefon di 1 - (888) 858-2569.
Timbang Tara individu Mengikat Mandatori (Mandatory Binding individual Arbitration).
Sila baca bahagian ini dengan teliti. Bahagian ini melibatkan hak undang-undang yang mungkin anda miliki dan memerlukan timbang tara individu yang mengikat dan muktamad bagi kebanyakan pertikaian dan bukannya penyelesaian di mahkamah.
Timbang tara ialah penyerahan suatu pertikaian kepada penimbang tara yang neutral, bukannya hakim atau juri, untuk keputusan muktamad dan mengikat, yang dikenali sebagai "award". Timbang tara memperuntukkan penzahiran yang lebih terhad daripada suatu tindakan yang difailkan di mahkamah, tertakluk kepada semakan terhad oleh mahkamah, dan keputusannya adalah sulit. Setiap pihak mempunyai peluang untuk mengemukakan bukti kepada penimbang tara secara bertulis atau melalui saksi-saksi. Seorang penimbang tara hanya boleh memerintahkan ganti rugi dan relief yang sama yang boleh diperintahkan oleh mahkamah di bawah undang-undang dan mesti mematuhi terma dan syarat dalam Perjanjian ini.
Dalam Bahagian ini, istilah "pihak ketiga yang berkaitan" termasuk ahli gabungan, anak syarikat, syarikat induk, pendahulu, pengganti, pemegang serah hak anda dan Pengeluar masing-masing, serta pekerja dan ejen masing-masing anda, Pengeluar dan entiti-entiti tersebut.
PERJANJIAN TIMBANG TARA, PENEPIAN TINDAKAN KELAS (CLASS ACTION), PENEPIAN GANTI RUGI PUNITIF
Anda dan Pengeluar bersetuju bahawa sebarang pertikaian, sama ada dari segi undang-undang atau ekuiti, yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini, versi(-versi) terdahulu Perjanjian ini atau pembelian atau penggunaan Kad oleh anda, termasuk pertikaian yang melibatkan pihak ketiga yang berkaitan, tanpa mengira tarikh akruan pertikaian tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebolehtimbangtaraan sebarang pertikaian dan tafsiran, kebolehkuatkuasaan, kesahan dan/atau skop perjanjian timbang tara ini, harus diselesaikan secara keseluruhannya oleh timbang tara individu (bukan keseluruhan kelas atau kolektif) yang mengikat, kecuali anda atau Pengeluar boleh membuat tuntutan kepada mahkamah tuntutan kecil sekiranya tuntutan tersebut layak untuk dibicarakan oleh mahkamah sedemikian.
Anda dan Pengeluar bersetuju bahawa sebarang timbang tara di bawah Perjanjian ini akan berlangsung secara individu, dan tindakan atau timbang tara atau prosiding yang bersifat kelas, massa, disatukan atau gabungan, sebagai pendakwa raya swasta adalah tidak dibenarkan. Anda dan Pengeluar bersetuju bahawa penimbang tara boleh memerintahkan relief kewangan, perisytiharan atau injunksi yang hanya memihak kepada pihak individu yang memohon relief dan hanya setakat yang diperlukan untuk memberikan relief yang dibenarkan oleh tuntutan individu pihak tersebut.
Anda dan Pengeluar kedua-duanya mengetepikan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang tuntutan untuk mendapatkan ganti rugi punitif atau teladan.
Perjanjian untuk timbang tara ini bertujuan untuk ditafsirkan secara meluas. Perjanjian untuk timbang tara ini meliputi tuntutan yang anda tegaskan terhadap pihak-pihak lain, termasuk tanpa had, tuntutan terhadap pihak ketiga yang berkaitan, seperti ahli-ahli gabungan Pengeluar termasuk tetapi tidak terhad kepada Roblox.
Pihak-pihak mengakui bahawa Perjanjian ini membuktikan transaksi dalam perdagangan antara negeri. Tanpa mengambil kira undang-undang substantif yang terpakai kepada mana-mana timbang tara, mana-mana timbang tara yang dilangsungkan menurut terma Perjanjian ini adalah dikuasai oleh Akta Timbang Tara Persekutuan (Federal Arbitration Act) dan Akta Timbang Tara Persekutuan (Federal Arbitration Act) menguasai tafsiran dan penguatkuasaan perjanjian untuk timbang tara ini.
Perjanjian untuk timbang tara ini akan bertahan dalam penamatan Perjanjian ini. Sekiranya diputuskan bahawa undang-undang yang terpakai menghalang penguatkuasaan mana-mana had perjanjian timbang tara ini mengenai tuntutan tertentu untuk relief, maka tuntutan tersebut (dan hanya tuntutan tersebut) hendaklah diasingkan daripada timbang tara dan boleh dibawa ke mahkamah. Di samping itu, walau apa pun sebaliknya, sekiranya mana-mana bahagian perjanjian untuk timbang tara ini dianggap tidak sah atau tidak terpakai, baki perjanjian untuk timbang tara masih dianggap sah dan boleh dikuatkuasakan.
Anda dan Pengeluar bersetuju bahawa sekiranya Pengeluar membuat sebarang pindaan kepada Perjanjian Timbang Tara ini pada masa hadapan, pindaan tersebut tidak akan terpakai kepada sebarang tuntutan yang difailkan dalam prosiding undang-undang antara Anda dan Pengeluar (dan mana-mana pihak ketiga yang berkaitan) sebelum tarikh kuat kuasa pindaan tersebut. Pindaan tersebut adalah terpakai kepada semua pertikaian atau tuntutan lain yang dikawal oleh Perjanjian Timbang Tara yang telah timbul atau mungkin timbul antara anda dan Pengeluar (atau pihak ketiga yang berkaitan).
Tiada apa-apa di sini boleh ditafsirkan sebagai persetujuan oleh Pengeluar kepada bidang kuasa mana-mana mahkamah berkenaan dengan tuntutan yang tidak berkaitan dengan penggunaan Kad, versi-versi terdahulu Perjanjian ini atau Perjanjian ini.
PROSEDUR TIMBANG TARA
Timbang tara hendaklah dijalankan oleh JAMS menurut Peraturan dan Prosedur Diperkemas Timbang Tara ("Peraturan JAMS"). Peraturan JAMS dan arahan untuk cara memulakan timbang tara boleh didapati daripada JAMS di http://www.jamsadr.com atau 1-800-352-5267. Untuk memulakan prosiding timbang tara, anda mesti menyampaikan ejen berdaftar Pengeluar untuk penyampaian proses. Maklumat hubungan untuk ejen berdaftar Pengeluar tersedia di tapak web Carian Perniagaan Setiausaha Negara California (California Secretary of State Business Search) yang disediakan di https://bizfileonline.sos.ca.gov/search/business.
Pembayaran semua fi pemfailan, pentadbiran dan penimbang tara akan dikawal oleh Peraturan JAMS, kecuali untuk tuntutan kurang daripada $1,000, anda akan diwajibkan untuk membayar $25 dan Pengeluar akan membayar semua kos dan yuran pentadbiran lain. Di samping itu, untuk tuntutan kurang daripada $1,000, Pengeluar akan membayar balik yuran $25 kepada anda sekiranya penimbang tara memerintah memihak kepada anda. Yuran dan perbelanjaan peguam yang munasabah akan diperintahkan hanya setakat peruntukan atau award tersebut tersedia di bawah undang-undang yang berkenaan.
Sebarang timbang tara akan berlangsung di dalam atau berhampiran daerah tempat tinggal pihak menuntut dan akan ditentukan oleh seorang penimbangtara; dengan syarat, walau bagaimanapun, atas permintaan oleh mana-mana pihak, timbang tara akan dijalankan melalui telefon setakat yang dibenarkan oleh Peraturan JAMS.
Pihak-pihak hendaklah mengekalkan sifat sulit prosiding timbang tara dan award, termasuk perbicaraan, kecuali yang mungkin perlu untuk menyediakan atau menjalankan perbicaraan timbang tara atas merit, atau kecuali yang mungkin perlu berkaitan dengan permohonan mahkamah yang berkaitan dengan timbang tara, cabaran kehakiman terhadap award atau penguatkuasaannya, atau melainkan dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang atau keputusan kehakiman.
Penimbangtara(-penimbangtara) akan memutuskan isi semua tuntutan mengikut undang-undang yang terpakai dan akan mengakui sah semua tuntutan terlindung yang diiktiraf oleh undang-undang. Award yang diperintahkan oleh penimbangtara adalah muktamad dan mengikat. Penghakiman ke atas award boleh dibuat di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.
Pembatasan Liabiliti.
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, PENGELUAR DAN AHLI-AHLI GABUNGANNYA TIDAK MEMBERI WARANTI/JAMINAN, TERSURAT ATAU TERSIRAT, BERKENAAN KAD TERMASUK, TANPA HAD, SEBARANG WARANTI TERSURAT ATAU TERSIRAT ATAU KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. SEKIRANYA KAD TIDAK BERFUNGSI, REMEDI SATU-SATUNYA ANDA DAN LIABILITI KAMI SENDIRI, ADALAH PENGGANTIAN KAD TERSEBUT. UNDANG-UNDANG NEGERI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN HAD KE ATAS WARANTI TERSIRAT ATAU PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN ATAS KEROSAKAN TERTENTU. SEKIRANYA UNDANG-UNDANG TERSEBUT TERPAKAI KEPADA ANDA, SEBAHAGIAN ATAU SEMUA PENAFIAN, PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI UNTUK ANDA.
Undang-undang yang Mengawal.
Undang-undang Negeri Kentucky, tanpa mengambil kira prinsip-prinsip konflik undang-undang, akan mengawal Perjanjian ini, penggunaan Kad dan merupakan undang-undang substantif yang terpakai untuk sebarang tuntutan atau pertikaian yang mungkin timbul daripada atau yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau penggunaan Kad oleh anda.
Kebolehasingan.
Walau apa pun sebaliknya, sekiranya mana-mana bahagian Perjanjian ini dianggap tidak sah atau tidak terpakai, peruntukan tersebut hendaklah diubah suai atau dihadkan setakat mana dan mengikut cara yang diperlukan untuk menjadikannya sah, dan boleh dikuatkuasakan. Sekiranya peruntukan tersebut tidak boleh diubah suai atau dihadkan sedemikian, peruntukan tersebut hendaklah dipotong daripada Perjanjian ini tanpa menjejaskan kesahan atau kebolehkuatkuasaan baki bahagian Perjanjian ini, yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya.
Pindaan kepada Perjanjian.
Pengeluar mempunyai hak untuk meminda Perjanjian ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicaranya dengan menyiarkan versi pindaan Perjanjian ini di www.roblox.com/giftcardterms.
Fraud.
Pengeluar dan ahli-ahli gabungannya mempunyai hak untuk tidak mengakui sah Kad apabila Pengeluar mengesyaki bahawa Kad diperoleh secara fraud. Sebarang duti setem yang perlu dibayar berkenaan dengan Terma dan Syarat ini dan penalti untuk ketidakbayarannya (sekiranya ada) hendaklah ditanggung oleh anda.
Bahasa yang Menguasai.
Sekiranya berlakunya pertikaian di antara versi Inggeris dengan versi-versi bukan Inggeris Perjanjian ini, versi Inggeris akan menguasai.